Layanan buruk pembunuh pegawai Ambank, PR mahu Indonesia nyatakan bantahan?

Aku betul tak faham kenapa ramai sangat yang gembira bila suspek utama kes pembunuhan seorang pegawai Ambank di Subang Jaya pada 23 Oktober yang lepas berjaya ditangkap polis.

Termasuklah yang menyatakan kegembiraan itu semalam ialah Najib Tun Razak!!

Ini biasalah, orang macam Najib memang kemaruk publisiti politik, walhal dia bukan Menteri Dalam Negeri pun, tak tahu apa yang kecoh sangat. Zahid Hamidi pun tak cakap apa-apa.

Seolahnya suspek yang dikenali sebagai Ardi itu telah pun didapati bersalah atas kesalahan tersebut dan sedang menunggu tarikh untuk digantung saja layaknya.

Kita sebenarnya tidak tahu sama ada Ardi benar-benar bersalah atau tidak. Tekanan dari masyarakat dan pemimpin gila publisiti macam Najib, yang dihadapi pihak polis untuk menyelesaikan kes ini dengan segera, memungkinkan orang yang tidak bersalah ditangkap.

Lagipun dari segi perundangan, CCTV dan sebagainya ini bukan bukti sahih yang mengatakan Ardi ini bersalah. Kalau bukti CCTV saja sudah cukup, Mahkamah boleh tutup, hakim semua boleh cari kerja lainlah.

Masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Antaranya senjata pembunuhan yang digunakan dalam kejadian tersebut, wang rompakan sebanyak RM 450,000 yang masih kita tidak tahu hujung pangkalnya sama ada berjaya dirampas atau tidak, dan sebagainya.

Rupa? Dalam dunia ini tak silap aku, ada banyak orang yang muka hampir sama. Aku sendiri ada kawan yang mirip dengan murka Ardi ini. Dari gemuknya, dari rendahnya, dari bulatnya muka, semua ada mirip-mirip Ardi.

Cuma sebab dia ini rakyat Malaysia tulen sahaja yang buat aku yakin dia bukan Ardi.

Apa pun, dalam 'keterujaan' ini, Pakatan Rakyat mahu hak asasi Ardi ini diambil berat oleh pihak polis. Dari cara dia ditangkap semalam, aku bimbang, Ardi ini akan menerima penyeksaan yang amat dahsyat di dalam tahanan nanti.

Sambung baca di Negara Pakatan Rakyat
0 Komentar untuk "Layanan buruk pembunuh pegawai Ambank, PR mahu Indonesia nyatakan bantahan?"

 
Copyright © 2014 Hot Giler - All Rights Reserved
Template By Catatan Info