Siti Nurhaliza Dicium Peminat-Dek kerana terlalu gembira dan teruja, seorang peminat fanatik Dato Siti Nurhaliza bertindak secara spontan mencium tangan penyanyi nombor satu negara itu.Momen yang mencuri tumpuan ramai tersebut berlaku ketika peminat yang dikenali sebagai Princes Ahak itu menerima hadiah daripada Siti Nurhaliza di malam konsert amal eksklusifnya, Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC, malam tadi.
Hadiah tersebut sebagai saguhati selepas peminat berkenaan terpilih untuk bertanyakan soalan kepada Siti sewaku di sesi interaksi bersama para peminat yang berada di dalam dewan.Tenang dan hanya tersenyum, Siti bagaimanapun cepat-cepat 'memujuk' suaminya, Dato' Seri Khalid Muhammad Jiwa (Dato' K) yang menonton dari tempat duduk penonton dengan berkata,
"Ala yang (sayang)... budak-budak jer", katanya sambil memandang ke arah Dato' K. Reaksi Siti itu juga sekaligus mengundang gelak ramai.
Sementara itu Siti yang ditemui sejurus usai konsert meluahkan rasa puas hati dan syukur apabila berjaya membuat persembahan pada malam pertama. Bertemakan warna putih yang melambangkan kesucian dan ketulusan, menariknya pada konsert selama 1 jam 30 minit itu, Siti memulakan persembahan dengan konsep drama muzikal yang mana secara ringkas menceritakan perjalanan hidupnya, bagaimana karier nyanyiannya bermula hinggalah beliau bertemu jodoh dan terus dikagumi hingga ke hari ini.
Siti mendendangkan sebanyak 14 buah lagu hits antaranya 'Siti Situ Sana Sini', 'Kesilapanku Keegoaanmu', medley 'Purnama Merindu' & 'Nian Dihati', 'Jerat Percintaan', 'Kau Mawarku', 'Bukan Cinta Biasa', 'Kau Kekasihku', 'Seindah Biasa', 'Ku Mahu' dan 'Pendirianku'.
Tidak cukup dengan itu Siti yang yang tampil anggun dengan persalinan kedua, terus menghangatkan suasana dengan lau Muara Hati serta sesi persembahan akustik yang memperdengarkan lagu medley 'Tanpa Kalian' & 'Intrig Cinta'.
0 Komentar untuk "Siti Nurhaliza Dicium Peminat Fanatik Lelaki"