SHAH ALAM – Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.
Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain“Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain.“Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri.“Mangsa kemudiannya mem-buat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang,” katanya.Menurutnya, susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan.
“Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju,” katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul,
0 Komentar untuk "Pekerja Tol Diikat Dan DiCabvl"