Malah, siasatan Metro Ahad mendapati samseng Arab mengambil alih kuasa dari kumpulan kongsi gelap tempatan, terutama di sekitar premis di jalan utama, hingga makin berani menimbulkan pelbagai masalah sosial di kawasan yang kini turut dikenali sebagai Ain Arabia.
Sebelum ini kehadiran mereka sebagai pelancong diterima dengan tangan terbuka, namun kini tindakan segelintir samseng berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan.
Kegiatan menjengkelkan itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh pemandu teksi dikenali sebagai Alim, 37, yang lebih 10 tahun memandu teksi sekitar ibu kota.Menurut Alim, tidak dinafikan bukan semua pak Arab yang datang ke situ berniat jahat, namun sebilangan mereka turut terbabit dengan aktiviti kurang sihat, terutama pelacuran dan dadah.
0 Komentar untuk "Apabila Pak Arab Menguasai Bukit Bintang"