Tak mampu bayar gaji punca pemain Kelantan 'cabut'

'Dua kali ganda gaji pemain import, KAFA tidak mampu tawar lebih'

Kota Bharu: Gaji yang tinggi sehingga RM100,000 sebulan adalah antara punca beberapa tonggak utama Kelantan berpindah ke pasukan lain kerana sukar untuk menolak tawaran lumayan itu.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang meluahkan isi hatinya menerusi laman sosial facebooknya berkata, tawaran lumayan itu dimaklumkan pemain sendiri ketika berbincang dengannya baru-baru ini.

Beliau berkata, KAFA mesti bersedia untuk melepaskan pemain yang hendak berpindah ke pasukan lain dan bangga kerana pemain Kelantan begitu laku apabila ditawarkan gaji yang lumayan.

"Ada pemain memberitahu saya gaji yang ditawarkan kepada mereka untuk beraksi dengan pasukan lain pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan sukar untuk ditolak.

Akan berulang

“Mereka ditawarkan gaji antara RM60,000 hingga RM100,000 sebulan. Ini bererti gaji yang ditawarkan kepada mereka adalah dua kali ganda daripada gaji yang dibayar kepada pemain import.
“Saya beritahu secara jujur, KAFA tidak mampu untuk menawarkan gaji lebih tinggi kepada pemain terbabit dan terpaksa melepaskan mereka," katanya.
0 Komentar untuk "Tak mampu bayar gaji punca pemain Kelantan 'cabut'"

 
Copyright © 2014 Hot Giler - All Rights Reserved
Template By Catatan Info