Restoran 'Nasi Ganja' Ipoh diarah tutup kerana terlalu kotor

IPOH: Sebuah restoran 'Nasi Ganja' di Jalan Yang Kalsom, di sini, menerima notis penutupan sementara selama dua minggu selepas diserbu sepasukan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, petang ini.

Penutupan itu dibuat ke atas pemilik premis berkenaan berkuat kuasa jam 5 petang ini hingga 28 November ini.

Notis itu dikeluarkan berikutan premis perniagaan berkenaan didapati tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. -BH









Restoran ni memang popular, ramai pengunjung walaupun dalam ruangan yang sempit.

0 Komentar untuk "Restoran 'Nasi Ganja' Ipoh diarah tutup kerana terlalu kotor"

 
Copyright © 2014 Hot Giler - All Rights Reserved
Template By Catatan Info