Ketua Pen. Pengarah Penguatkuasa JAIP maut ditembak

Ahmad Rafli Abdul Malek
KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

0 Komentar untuk "Ketua Pen. Pengarah Penguatkuasa JAIP maut ditembak"

 
Copyright © 2014 Hot Giler - All Rights Reserved
Template By Catatan Info