Hudud: Kelantan sedia RM1j untuk pelaksanaan

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menunggu maklum balas beberapa pihak, termasuk pakar perlembagaan, sebelum melaksanakan hukuman itu di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya serius merealisasikan hukuman itu, termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014, bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.

Beliau mengakui atas sebab-sebab tertentu, termasuk kekangan Pusat, pihaknya sebelum ini menangguhkan sementara usaha tersebut, namun kini kembali mengerakkan kerja untuk melaksanakannya.

“Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita ‘free gear’ tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat.
0 Komentar untuk "Hudud: Kelantan sedia RM1j untuk pelaksanaan"

 
Copyright © 2014 Hot Giler - All Rights Reserved
Template By Catatan Info