(Gambar) Dapat 5A, bapa hadiah anak Mini Cooper

Ramai ibu bapa yang gembira apabila mendapat tahu keputusan anak mereka yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Setiap ibu-bapa yang berkemampuan sudah pasti menjanjikan anak mereka hadiah sekiranya berjaya mendapat kesemua A.

Namun apa yang berlaku pada seorang pelajar tahun 6 di sebuah sekolah di Kelantan telah mengejutkan ramai orang apabila dia dihadiahkan sebuah Mini Cooper oleh ayahnya. Menurut sumber, pelajar tersebut bersekolah di SK Zainab 1, Kota Bharu dan keluarganya memang daripada golongan berada. Ayahnya dikatakan seorang pengusaha ayam proses terkenal di Kelantan.

Malah, kereta tersebut dihantar terus ke sekolah pada hari pengumuman keputusan UPSR. Memang cukup menakjubkan apabila seorang pelajar tahun 6 mendapat kereta. Timbul persoalan, jika UPSR dihadiahkan kereta bernilai RM210 Ribu, apa pula yang akan dihadiahkan untuk peperiksaan PMR dan SPM nanti?

Memandangkan umurnya yang masih muda, sudah tentu dia tidak boleh membawa kereta tersebut. Moga ibu bapanya tidak pula membenarkan anaknya membawa kereta secara haram. Takut kejadian yang sama berlaku seperti anak Ahmad Dhani kelak.

Sumber: Tengok TV Online
0 Komentar untuk "(Gambar) Dapat 5A, bapa hadiah anak Mini Cooper"

 
Copyright © 2014 Hot Giler - All Rights Reserved
Template By Catatan Info