Hukum Menggunakan Minyak Wangi Beralkohol


Soalan: Adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu yang betul?(Suhaimi Mohd Yatim)

Jawapan : Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampurkan dengan arak.

Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alkohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini yang dinamakan sebagai "alkohol Etil" atau "thanol". Sementara alkohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai "Methyl" atau Metanol. Alkohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar juga mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.

Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan haruman bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit airdan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol TIDAK NAJIS dan boleh digunakan untuk bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan  oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol tidak najis.-http://alfatehdarwisya.blogspot.com
0 Komentar untuk "Hukum Menggunakan Minyak Wangi Beralkohol"

 
Copyright © 2014 Hot Giler - All Rights Reserved
Template By Catatan Info