KOTA DAMANSARA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa nafsu buas seorang lelaki yang sebaya dengan bapanya dalam satu kejadian cubaan merogol di flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Seksyen 8, di sini semalam.
Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki lingkungan 40an memperdaya kanak-kanak terbabit keluar dari lif sebelum memasuki rumah kosong di tingkat sembilan disedari dua penduduk yang kebetulan melalui tingkat tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, lelaki durjana berkenaan memaksa kanak-kanak malang itu membuka pakaian bagi melampiaskan nafsu binatangnya.Bagaimanapun suara tangisannya berjaya menyelamatkan dia daripada diperkosa manusia bertopengkan syaitan.
Ketika kejadian mangsa lengkap berpakaian sekolah dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di tingkat 17 lalu disapa lelaki berkenaan di tingkat sembilan.
Menurut sumber, suspek yang mempunyai isteri membawa mangsa ke rumah kosong yang dipenuhi longgokan sampah bagi mengelak disedari orang ramai.
”Bagaimanapun tindakan jahatnya itu disedari penduduk dan melaporkan kepada orang ramai.
”Menyedari perbuatannya diketahui penduduk, suspek cubamenyelamatkan diri dengan bersembunyi di rumahnya di tingkat lapan serta sempat mencukur janggut dan misai dengan harapan tidak dapat dikesan penghuni,” katanya.
Tambah seorang penduduk dikenali Irwandi Zulkifli Rosli memberitahu, setelah rumah suspek dikenal pasti, penduduk bertindak memanggil suspek keluar.
”Pada mulanya dia tidak mengaku perbuatannya itu, bagaimanapun perkara tersebut terbongkar apabila kanak-kanak dapat mengecamnya.
“Sedikit kekecohan berlaku antara penduduk dengannya setelah dia cuba melarikan diri tetapi penduduk dapat menggagalkan tindakannya itu,” jelasnya
Akibat daripada perasaan marah penduduk yang membuak-buak kepada suspek yang melakukan perbuatan itu, dia mendapat sedikit kecederaan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Semasa kejadian, suspek yang baru pulang daripada kerja sebagai tukang kebun di kawasan berhampiran dipercayai berada dalam keadaan mabuk/ FAZLI DAN ANUAR
0 Komentar untuk "Hampir Mati Dibelasah Kerana Cuba Rogol Budak 10 Tahun"